Tetamu Istana

Saturday, July 28, 2012

Sms - bukan sekadar simple mesengger system

Dah lama kid tak update blig ni... Hari ni, 29/07/2012 jam 2.25 am,,, kid dapat satu ilham menulis.....

Tajuknye... SmS bukan sekadar Simple Mesengger System

Saya Menceritakan Sesuatu

Selepas Makan Sahur

Sehingga Masuk Subuh..

Saya Mesej SiDia,

Saya Menanyakan Sesuatu,

Sudahkah Mengerjakan Solat?

Sidia Menjawab Sekejap.

Saya Marah Sangat..

Sambil Memberikan Syarahan,

Sekiranye Melambatkan Solat,

Senangkah Masuk Syurga?

Sesamalah Mengerjakan  Solat.

Syurga Milik Semua..

Friday, May 25, 2012

masukkan software AL-QURAN dalam MS WORD office

dah lama tak post entri so hari ni  kid nak post 1 software istimewa yang boleh dimuat kan pada

microsoft word anda.... klik sini untuk download....

dah download install ... just tekan next, next,ok ... finish ^_^

lepas install tgk gamba ni... klik pada gambar utuk papar lebih jelas








                                         pastu anda lakukan laa yang tebaik ea... heeeeeeeeee

Saturday, April 21, 2012

touRnement FutSal Di B.P.I

Semalam berlangsungnya Kejohanan Futsal BPI atau biasa dipanggil Kongkang Cup. Bolton Wanderers yang diwakili oleh Brader, Zul, Wan, Toki dan Amin berjaya memenangi kejuaraan yang pertama kali dibuat di Arena, Cyberjaya. Zul dianugerahkan penjaring terbanyak berkongsi kejuaraan dengan CC Puad manakala penjaga gol terbaik disandang oleh Ijad dari team Newcastle United...

KEPUTUSAN PENUH

Pusingan Pertama

 
 
 
 KEDUDUKAN LIGA



 Separuh Akhir 1

 

Separuh Akhir 2


Kedudukan Tempat ke-3 dan ke-4

 

FINAL

 

 SENARAI PENJARING

6 Gol

Zul - Bolton Wanderers
CC Puad - Sunderland

4 Gol

Wan - Bolton Wanderers
Park - Sunderland

3 Gol

Fazley - Everton
Zuan - Newcastle United
Khai - Newcastle United

2 Gol

Adi - Everton
Mat Kedah - Everton
Jadu - Sunderland
Khusairi - Newcastle United

1 Gol

Bro-Everton
Rosli - Everton
Toki - Bolton Wanderers
Amin - Bolton Wanderers
Daud - Sunderland
Leman - Newcastle United

Own Goal

Amin - Bolton Wanderers

ANALISIS PASUKAN YANG BERTANDING

JUARA

Para pemain Bolton meraikan kemenangan bersama trofi yang disponser oleh Ahmad Kamal Sanusi...Brader xde dalam gambar sbb dia dah balik dulu dek kerana injured kat tangan...walaupun gagal memenangi penjaga gol terbaik, tetapi aksi brader adalah bertaraf lagend..Beliau banyak menggagalkan banyak percubaan bahaya dari pihak lawan. Pasukan Bolton gagal menunjukkan permainan yang baik pada peringkat liga, namun berjaya menebus kehampaan tersebut pada saingan semi final dan final. Mengalahkan pasukan Newcastle pada saingan semi final dengan 3-1 kemudian berjaya menewaskan pasukan Sunderland dengan keputusan 4-3 di final membolehkan Bolton menjuarai saingan Kongkang Cup 2012 dengan jayanya. Zul berjaya memenangi Anugerah Kasut Emas dengan jaringan 6 Gol...Menduduki Tempat Ke-3 liga tapi berjaya menjadi Juara Kejohanan Kongkang Cup 2012.

 NAIB JUARA
 
 Hanya 2 orang je yang sudi bergambar yang lain dah balik dulu...Pasukan yang pada awalnya langsung tak de harapan nak masuk final, ditambah dengan pemain mereka yang datang lambat tapi mereka membuktikan sebaliknya..aksi menarik mereka di semi final berjaya membawa mereka ke final. CC Puad merupakan penjaring terbanyak pasukan iaitu dengan 6 gol..Persefahaman antara jadu, daud dan park berjaya mengucar-kacirkan pasukan lawan...game terbaik mereka adalah ketika menang di semi final dengan mengalahkan pasukan Everton 6-3...Seorang pemain mereka iaitu Daud berjaya menjaringkan gol paling cantik dalam kejohanan ini. Naib Juara Liga dan Naib Juara Kejohanan Kongkang Cup 2012 dengan mengumpul 13 jaringan gol sepanjang kejohanan ni. Merupakan pasukan yang paling banyak menjaringkan gol...

TEMPAT KE-3

 Turun selaku underdog bukan penghalang untuk mereka beraksi dengan baik. Pasukan yang diwakili oleh Bro, Mat Kedah, Rosli, Fadzley dan Adi ini, merupakan satu-satunya pasukan dimana semua pemain mereka menjaringkan gol. Aksi terbaik mereka adalah ketika mereka berjaya menewaskan pasukan Bolton Wanderers di saingan liga dengan keputusan 3-2. Fazley merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 3 gol. Aksi Rosli Sidek yang paling cemerlang adalah ketika membantu pasukan Everton menang dengan Bolton dimana beliau bertindak sebagai penjaga gol yang berjaya menggagalkan hampir setengah dozen percubaan tepat ke arah pintu gol. Menduduki tangga Ke-4 Liga namun berjaya mengubah kedudukan ke Tempat-3 Kejohanan Kongkang Cup 2012.

TEMPAT KE-4

 Newcastle United pada awalnya diletakkan selaku pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan ini. Dibarisi oleh pemain-pemain yang bertaraf bintang meletakkan mereka calon untuk menjadi juara. Aksi pada saingan liga membuktikan bahawa mereka layak digelar juara. Namun aksi longlai mereka di semi final, membolehkan mereka ditunjukkan jalan keluar lebih awal oleh pasukan Bolton Wanderers. Penjaga gol mereka iaitu Ijad berjaya memenangi anugerah penjaga gol terbaik untuk kejohanan kali ni. Ijad berjaya bermain untuk semua game Newcastle, dan beliau berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari pihak lawan telah menjadi pilihan juri untuk merangkul anugerah penjaga gol terbaik....Menjadu Juara Liga namun menduduki Tempat-4 Kejohanan Kongkang Cup 2012 setelah tewas kepada Everton..


ANUGERAH KASUT EMAS

ZUL - BOLTON WANDERERS (6 GOL)

ANUGERAH PENJAGA GOL TERBAIK

IJAT - NEWCASTLE UNITED
JARINGAN TERCANTIK

DAUD - SUNDERLAND

PEMAIN TERBAIK SEPANJANG KEJOHANAN

ROSLI SIDEK - EVERTON









-MENANG KALAH DAPAT MEDAL SEBAGAI KENANGAN DARI BPI-

Friday, January 20, 2012


AKU....
mengembara ....
menentang musuh durjana....
menegakkan keadilan....
membasmi kemiskinan... 
menyelamatkan dunia.... 

rrrrrrrrrrrrr.....tu dulu beb.. mase gua ada motor...

Kini AKU

........MENAPAK.......

Tuesday, September 6, 2011

Renung-renungkan

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda, " sesungguhnya Allah SAW mempunyai 99nama. Barangsiapa yang menhafalnya akan masuk syurga". Riwayat Bukhari, Muslim & Trimidzi. Allah SWT mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang indah. maka memohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaul Husna..

(Surah Al-A'raf, Ayat 180)
sesungguhnya disebalik setiap nama dalam Asmaul Husna terdapat misteri yang sangat dalam dan luas yang berada di luar jangkauan akal manusia.

Allah SWT akan mengabulkan keinginan seorang hamba yang berdoa sambil menyebut namaNya sesuai dengan misteri yang terkandung di dalam nama tersebut..




Wednesday, June 8, 2011

Sebulan Di penang....

mmm..rasenye hampir dua bulan aku tak upload entry kat blog nie...

hari ni tibalah mase tok aku kongsikan secebis kenangan, dimana pengalaman belajar menjadi hiburan..
...

Friday, May 13, 2011

Larangan memanggil dengan gelaran tidak baik

Firman Allah SWT, "HAI orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain (kerana) harus puak dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengah yang lain dan janganlah pula kamu memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) nama fasik sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan yang fasik), maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujuraat [049], ayat 11)
AYAT ini menceritakan keadaan seorang sahabat Rasulullah SAW yang bernama Thabit ibnu Qais ibnu Syammas. Beliau merupakan seorang yang pekak dan tuli. Walau bagaimanapun, beliau suka menghadiri ceramah-ceramah agama yang diadakan oleh Rasulullah SAW. Setiap kali beliau hadir majlis ilmu tersebut, para sahabat yang lain akan memberikannya tempat duduk berdekatan dengan Rasulullah SAW supaya pendengarannya akan lebih jelas dan nyata. Dia juga dapat mendengar dengan lebih baik setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.
Pada suatu hari, ketika beliau sampai di masjid, tempat yang biasa didudukinya telah diambil oleh orang lain. Beliau pun melangkah selangkah demi selangkah untuk sampai ke hadapan. Walau bagaimanapun langkahan kakinya tidak disukai oleh orang ramai kerana beliau melangkah di atas belakang dan kepala jemaah di dalam masjid. Ketika beliau melangkah, beliau berkata, "Lapangkanlah, lapangkanlah, berilah aku ruang."
Tidak diendahkan
Walaupun begitu, kata-katanya tidak diendahkan langsung oleh orang ramai. Beliau pun meneruskan lagi langkahnya sehinggalah sampai ke hadapan, kemudian beliau pun duduk. Apabila beliau duduk, berkatalah lelaki di sebelahnya, "Ini tempat aku dan aku lebih berhak untuk duduk di situ."
Thabit tidak mempedulikan kata-kata lelaki tadi. Beliau pun bertanya lelaki tadi, "Siapa kamu ini?"
Jawab lelaki itu, "Si anu anak kepada si anu." Thabit berasa tidak puas hati dengan jawapan tadi. Beliau pun bertanya lagi sambil menyebut nama ibu lelaki itu dengan panggilan yang memalukan di zaman jahiliah.
"Kamu anak kepada perempuan si anu binti si anukah?"
Apabila mendengar pertanyaan Thabit tadi, lelaki itupun tertunduk malu. Dia malu kerana gelaran itu amat mengaibkan ibunya.
Selepas kejadian itu, maka turunlah ayat ini, ayat 11 surah al-Hujurat.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi pula, pada zaman Rasulullah SAW, ada seorang lelaki yang mempunyai dua atau tiga nama gelaran. Orang ramai biasanya memanggil nama lelaki itu dengan nama gelaran yang ketiga. Lelaki tersebut tidak menyukai jolokan itu.
Sehubungan dengan itu, turunlah ayat tersebut di atas. Rasulullah SAW lalu membacakan ayat tersebut. Baginda melarang umat Islam memanggil seseorang lain dengan nama gelaran yang tidak elok.
Pengajaran
* Jangan sesekali memanggil seseorang dengan panggilan yang tidak disukai olehnya.
Informasi
SINGA Allah dan Singa Rasul adalah gelaran agung yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada Hamzah bin Abdul Muttalib. Pada zaman Rasulullah, memang terdapat gelaran-gelaran yang diberikan baginda kepada para sahabatnya. Contohnya: 
1. Abu Hurairah (Bapa Kucing) diberikan kepada Abdul Rahman Bin Saqr,
2. Humairah (Pipi Merah) diberikan kepada Siti Aisyah,
3. Asadullah (Singa Allah) diberikan kepada Hamzah Abdul Muttalib,
4. Saifullah (pedang Allah) diberikan kepada Khalid al-Walid.
Semua gelaran di atas bukan bertujuan menghina tetapi menunjukkan rapatnya hubungan Rasulullah SAW dengan mereka
Firman Allah SWT, "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai..." (Surah Al-A'raaf [07], ayat 179)