Assalamualaikum
hai semua, entri kali ni saya nak share dengan semua orang
tentang 7 Sunnah Rasullah s.a.w yang harus kita amalkan.
1) tahajjud, kerana kemuliaan seorang
mukmin terletak pada tahajjudnya.
2) membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari
Alangkah baiknya sebelum mata melihat
dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an
terlebihdahulu dengan penuh pemahaman.
3) jangan tinggalkan masjid terutama di
waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana
pun langkahkan kaki ke masjid,kerana
masjid merupakan pusat keberkahan,
bukan kerana panggilan muadzin tetapi
panggilan Allah yang mencari orang beriman
untuk memakmurkan masjid Allah.
4) jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki
terletak pada solat dhuha.
5) jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai
orang yang suka bersedekah, dan malaikat
Allah selalu mendoakan kepada orang yang
bersedekah setiap hari.
6) jaga wudhu terus menerus kerana Allah
menyayangi hamba yang berwudhu. Kata
khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang
selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa
selalu solat walau ia sedang tidak solat,
dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa,
ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
7) amalkan istighfar setiap saat. Dengan
istighfar masalah yang terjadi kerana dosa
kita akan dijauhkan oleh Allah.
sya copy boleh untk beri peringatan pada ku
ReplyDeletecopy laa...sy pn copy dari orang..hahahahaaha
ReplyDeleteowhh yeke..hihihi...nnt ade agi buat agi tau...
ReplyDeleteokey jeee
ReplyDelete